Legenda Hikmah

MPP Legenda

Sukarelawan Amal

Jom Join Pas!

Mahasiswa Produktif

Rejuvenasi~

Mansuh I.S.A

Mansuh I.S.A

MANSUHKAN!

Marilah BERJUANG!

"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung".
(Ali Imran:104)

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah yang munkar, dan beriman kepada Allah..."
(Ali Imran:110)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".
(Muhammad:7)





NUKILAN HATI TERJEMAHAN DIRI

Bingkisan coretan hati dalam kembara insan mencari Tuhan..

RECALL untuk diri! 8:15 AM

MAAF
Ampun dan maaf dipinta kerana sudah lama tidak meng"update" blog ini, dengan kapasiti "kemalasan" diri. Astagfirullah al azim, sesungguhnya kemalasan itu suatu dosa! Faktor ketiadaan lap top mahupon destop sedikit sebanyak menyumbang kepada keterbatasan untuk meng"update'. Tapi ia sepatotnya tidaklah dijadikan alasan, semaunya berbalik pada diri, mahu seribu cara, malas seribu tipu daya! (amik ko).

LEMBARAN BARU?
Tahun hijrah, sudah menginjakkn lembarannya ke tahun baru, tahun masihi akan menyusul nanti.
Azam baru? Tidak pernah mempersoalkan diri akan azam baru pada tahun baru, kerana padaku azam itu semangat yang perlu diperbaharui sehari-hari. Andai lemah bangkit, andai gagal tak mengalah, andai gelisah cari ketenangan. Yang pasti, mati syahid di jalan Allah cita-cita tertinggi dan azam teragung.

Pinjaman lap tob adik harus aku gunakan sepenuhnya untuk menyiapkan assignment, ujian Allah, menarik nikmat terpenting dari seorang pelajar, mahu mentarbiyah aku agar punya daya survival yang tinggi dan independent. Terkadang kalah juga dengan emosi diri dan tekanan akibat kesuntukkan masa, moga Allah memberi kemudahan di dalam ujiannya, kerana di dalam setiap ujian ada kemanisan bagi yang beriman! Ameen.

Jumpa lagi.....

Proses Kematangan diri 8:51 AM

PERMATA YANG BERHARGA DAN CAWAN YANG CANTIK

Bagaimana terhasilnya batu-batu permata yang berkilau indah itu? Terhasilnya ia akibat proses himpitan, tekanan, dan mengambil suatu tempoh yang cukup lama.Kemudain di bentuk pula, di asah untuk memperelokkan rupanya. Sehinggalah menjadi satu batu permata yang sangat indah dan amat mahal harganya. Begitu juga dengan satu cawan yang cantik. Sebelum nak jadi cawan, kene di lebur, di ketuk, dibentuk, dipanaskan, di gilap. I asatu proses yang "menyakitkan". Lumrah, untuk mendapatkan sesuatu yang cantik terhasil, maka memerlukan satu proses yang menyakitkan, pengorbanan waktu juga.


KEMATANGAN
Ia, kematangan juga suatu perkara yang amat berharga. Ia perlu melalui satu peroses "sepak terajang", suatu proses yang menyakitkan. Dan ini hanya akan dapat jika berada di medan pertempuran. Kematangan yang aku hendak emphasize disini adalah kematangan sebagai seorang pimpinan. Sudah pasti, menjadi seorang pemimpin, memikul suatu amanah yang berat, untuk dilunaskan tanggungjawab itu. Seorang pemimpin mestilah bersedia untuk menerima sebarang kritikan, dan hendaklah bersedia menerima sebarang teguran dari sahabat-shabat pimpinan yang lain dengan hati terbuka dan berlapang dada.

Kalau dahulu, apabila menerima teguran, maka akan ada sifat su'uzon dalam diri, dan berkecil hati. Tapi kini, hakikat teguran itulah yang membawa kita kembali ke landasan sebenar maka kehadirannya amat di nanti. Tanda masih ada lagi yang prihatin pada diri, tanda sayangnya Allah menegur melalui sahabat-sahabatku yang aku sayangi. Sungguh, terlalu banyak kesilapan dan kekhilafan diri sebagai seorang hamba Allah yang hina ini. Kadang tersandung tunggul kayu yang sengaja disepak, sahabat-sahabat jugalah yang membalut luka itu. Bilamana menerima teguran, kini mampu untuk mempositifkan diri di tahap optimum. Untuk menjadi orang yang hebat, aku mesti mempunnyai pemikiran yang hebat juga. Sedangkan nabi pon melakukan kesilapan sepertimana yang "aku" lakukan. Untuk menjadi seseorang yang hebat, akan melalui ujian yang hebat juga, jadi, kesilapan ini adalah merupakan persediaan untuk aku menjadi orang yang hebat suatu hari nanti. Dan orang yang hebat hedaklah mempunyai jati diri yang hebat juga.

Begitulah pesanku pada diri, acapkali tersalah di dalam mengatur langkah. Terkadang langkahku sumbang, maka sahabat-sahabat yang prihatin la akan menegur agar melangkah tepat dan tidak songsang.


ZONE SELESA
Aku tidak suka untuk menempatkian diri berada di "zone selesa", atau kata lain, tidak mahu menjadi budak yang bermasalah. Bukanlah bermaksud untuk "mencari masalah" dan bukan juga "attention seeker". Di sini aku lebih suka untuk berkonforontasi dengan idea dan tindakan. Jika mahu berada di zone selamat, mudah. Diam dan ikutkan saja. Namun sifat diriku sendiri tidak biasa untuk bertindak begitu.

Bak kata seorang pimpinan, "kamu MAHAsiswa, buat je! Salah nombor dua." Dan dari kesilapan-kesilapan yang aku lakukan, dari situ aku belajar kematagan di dalam "tindakan". Harus aku belajar selaraskan antara gelojak kemahuan dan kepentingan yang seharusnya diutamakan. Terkadang aku tewas dengan diri sendiri, lalu aku redah sahaja, tak kira apa yang akan jadi. Dan aku masih lagi belajar untuk berlaku matang.

Terima kasih sahabat-sahabtku kerana sudi untuk menjadi pengktitik terbaik kepada diriku. Dan jika Allah hendak mengurniakan kebaikkan kepada seseorang, akan dikurniakan sahabat-sahabat sekeliling yang soleh solehah (yang baik-baik) kepadanya.

p/s: *senyum* :)






Omongan Perlembagaan 3:55 AM

Alhamdulillah kali ini berpeluang untuk berjinak-jinak pula dengan perlembagaan Malaysia. Kalau selama ini langsung seperti tidak berapa ambil pusing dengan Perlembagaan Malaysia, tapi kini ia menjadi sebaliknya. Bila sebut sahaja mengenai perlembagaan, terbayang difikiran ia melibatkan undang-undang yang merumitkan. Akan tetapi, perlmbagaan ini bukan sahaja sekadar undang-undang, tetapi memberi kesan dan implikasi yang besar kepada kehidupan rakyat Malaysia khususnya! Maka, kalau kita buta dan tidak peka dengan perlembagaan, maka kita akan kurang sensetiviti dengan perubahan undang-undang di Malaysia. Implikasinya kepada kehidupan kita amatlah besar sekali.


PERLEMBAGAAN
Antara isi-isi perlembagaan yang penting yang lazim di dengari oleh kita adalah mengenai:
--> Hak Istimewa orang Melayu.
--> Islam sebagai agama Rasmi.
--> Raja sebagai ketua agama.
--> Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mestilah orang Melayu.

Perkara-perkara di atas merupakan perkara "core" yang ada di dalam perlembagaan yang lazimnya menjadi perhatian rakyat. Seandainya perkara di atas di ganggu gugat, maka ia akan memberi implikasi yang besar kepada parti pemerintah. Akan tetapi, persoalannya disini, perlukah perlembagaan Malaysia ini di tukar secara total? Islamikkah perlembagaan Malaysia? Sekularkah Perlembagaan Malaysia?

Setelah mendapat penerangan dan "the new school of though" oleh saudara Hanipah maka gambaran dan persepsi terhadap perlembagaan berubah sama sekali. Gagasan idea ini dibawa oleh Professor Aziz Bari, Pakar Pelembagaan yang merupakan pensyarah di UIAM. Pemikiran bahawa perlembagaan Malaysia tidak Islamik dan hendaklah di tukar secara total merupakan orientasi pemikiran yang berada di takuk yang lama. Kenapa saya katakan begitu? Orang-orang kita ramai yang mengatakan perlembagaan Malaysia ni perlembagaan "sekular". Dimana sekularnya? Tidak ada walau sepatah pon di dalam perlembagaan Malaysia tertulis perkataan "sekular". Berbeza dengan perlembagaan India yang secara terang jelas dan nyata tertulis di dalam perlembagaannya bahawa "perlembagaan ini adalah perlembagaan sekular"!

Berbeza dengan perlembagaan kita, malah terdapat perkataan "Islam" di dalam perlembagaan Malaysia. Mungkin dari sudut pentafsirannya dan perlaksanaanya yang harus diperluas dan dijalankan dengan betol. Ini kerana, pemikiran untuk mengubah perlembagaan Malaysia merupakan sesuatu yang "menakutkan" bagi rakyat, baik Melayu, India dan Cina. Oleh yang demikian, pendekatan ideologi untuk mengubah perlembagaan adalah sesuatu yang tidak realistik dan praktikal. Jika perlembagaan di usik, maka ramai orang akan "meneropong" apakah yang telah di lakukan. Sedangkan, hakikat sebenarnya Islam boleh dilaksanakan di bumi Melayu ini secara total tanpa perlu mengubah perlembagaan. Mungkin terdapat beberapa perkara yang perlu di lakukan pindaan.


ADAKAH MASIH PRAKTIKAL RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU?
Raja merupakan sistem tradisional dan sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi raja atau sultan itu berfungsi untuk menjaga agama Islam itu sendiri. Pada pandangan peribadi saya, peranan raja penting bagi "memayungi" terutama agama Islam itu sendiri, kerana dengan adanya raja atau sultan, kedudukan agama Islam tidak mudah untuk di ganggu gugat. Di sini juga, kuasa raja atau seultan juga sebenarnya terhad. Kerana kita bukan mengamalkan sistem raja monarki seperti yang berlaku di Brunei dimana Raja atau sultan berkuasa sepenuhnya.

Berkenaan dengan hak keistimewaan orang Melayu juga, yang dahulunya menjadi isu hangat bilamana di persoalkan oleh kaum Cina. Bilamana kita rujuk kembali sejarah orang Melayu. Harus diakui, walaupon pahit untuk ditelan, orang melayu ni agak lemah kalau nak dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Kalau tidak dilindungi, maka mungkin akan tertindas atas sukar untuk maju. Taktahulah sama ada idea ini masih lagi boleh diguna pakai atau pon masih releven. Anda nilainyalah sendiri. Perlembagaan juga tidak bersifat statik, ia "hidup" dan boleh berubah-ubah melalui pindaan.

Teringat kata-kata Ustaz Nizamuddin, Pensyarah Undang-undang di UPSI, bilamana dia membandingkan pimpinan PM Malaysia. PM 1,2,3 sumenya berlatar belakangkan orang undang-undang. Seorang peguam, bila ada client datang kepadanya, dia akan dengar dahulu. Kemudian membiarkan client balik untuk menyemak buku-buku dan meminta untuk berjumpanya semula. Tapi bilamana "doktor" yang jadi PM ke-4 ni. Doktor kerja macam mana? Pesakit datang, terus bagi ubat, balik. Fast solution, fast fail.. Kalaulah Lord Reid tu hidup lagi, dia nengok perlembagaan Malaysia ni, tak kenal dah agaknya. Sebab terlalu banyak pindaan dan dah di "jentik" oleh tangan-tangan "ghaib".

Apa yang saya boleh simpulkan disini adalah, perlembagaan Malaysia its not really islamic nor secular. Got the idea? Terutama dalam mendampingi masyarakat, kenalah bersikap releven dan boleh di trima umum tanpa sedikitpon menidakkan Islam. Tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berterabur.

wallahualam..wassalam..



Muhasabah Diri 7:09 AM

Ku gagahkan juga diri untuk melarikan jari jemari ini di sensonic, keyboard kesayanganku ini. Memaksa diri untuk mencoretkan sesuatu agar dapat di kongsi bersama rasa di hati. Muhasabah diri. Pagi tadi terdengar diskusi di IKIM fm mengenai muhasabah diri. Hebatnya Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam bermusabah tentang diri mereka. Yang aku ingat antaranya Saidina Omar. Beliau akan muhasabah diri setiap kali sebelum tidur, dan akan menangis teresak-esak. Mengenangkan tanggungjawabnya. Seandainya walau seekor unta mati di dalam pemerintahannya, maka akan di persoalkan Allah di akhirat kelak. Apa akan aku jawab kelak di hadapan Allah s.w.t. Begitu muhasabah memainkan peranan yang amat penting sekali.


IBADAH
"Dan tidak aku ciptakan jin danmanusia melainkan untuk menyembah keadaKU"
Cuba kita conggak sama-sama.. Dalam kita beribadat pada Allah. Solat 5 waktu sehari tuh. Katakanlah kita solat dalam 30 minat, campur dengan wirid dan zikir. 30 minit darab dengan 30 minit, baru 2 jam setengah. 24 jam tolak 2 jam setengah. Waktu yang lebih-lebih itu macam mana? Layakkah kita masuk syurga hanya dengan waktu yang seciput itu? Ya Allah. Dalam 30 minit tu pon, khusyuk ke solat kita? Menghadap depan tivi berjam-jam kita relex je. Kat atas tikar sejadah, cepat shaja panas punggung mahu angkat kaki. Lebih terkejar-kejarkan rancangan di television daripada sibuk meraih cinta Allah.

Beribadah banyak mana pon, kita di masukkan ke dalam syurga, bukanlah kerana amal ibadat kita. Tapi kerana rahmat Allah s.w.t itu sendiri. Dan sekiranya kita menghitung nikmat-nikmat Allah, dengan 7 lautan sebagai dakwat dan di tambah lagi air lautan, maka tidak akan terhitung akan nikmatnya.

Setiap yang berlaku dalam hidup kita sebenarnya adalah ibadat. Bernafas, melihat, mendengar, main facebook ke, apa sekalipon. Akan tetapi, haruslah di ingat, innamal a'malu binniat. Setiap amal dimulakan dengan niat. Kalau baik maka ibadat, kalau jahat maka maksiat. Indahnya kalau menjadikan setiap perkara yang ikita lakukan berpaksikan amal ibadat kepada Allah s.w.t. Seolah tiada ruang untuk melakukan maksiat.


TANGIS ITU
Dalam kesayuan hati, bermohon kepadanya. Tatkala memohon keampunan dariNYA, seiring itu merebes air mata. Di lepaskan, nangis semahunya. Dia Maha Mendengar, Dia Maha Mengetahhui akan isi hati ini, akan relung hati hambaNYA ini. Terasa puas, tenang dan damai usai menghadap kekasih Teragung itu. Berteleku mengenangkan dosa-dosa lalu.

Setiap minit yang berlalu, kita menghampiri kematian sebenarnya. Dan moga hari ini lebih baik dari semalam.




wallahualam..




Mereka Lelaki AJNABI! 4:11 AM



SAYANGNYA ALLAH DENGAN KAUM HAWA!

SubhanAllah, Maha Suci Allah dari sebarang kekurangan. Aku sedikit berdukacita melihat perkembangan rakan-rakan di kolej ini. Rata-ratanya seperti tidak punya jati diri. Aku tekankan kepada kaum hawa. Kaum yang dikatakan lemah, tapi sebenarnya mereka yang melemahkan diri. Macam-macam ada. Mungkin begitulah perkara yang berlaku. Aku hanya menyentuh isu yang amat sinonim dengan kaum hawa iaitu dalam menjaga "aurat". Padaku aurat itu merupakan harga diri yang tertinggi. Tapi, sekiranya di pratontonkan secara PERCUMA, lalu apa nilai yang ada padanya? Kerana dirimu begitu berharga?

Allah Ya A'lim. Allah itu Maha Mengetahui. Allah Ya Khaliq, Allah itu merupakan Sang Pencipta. SubhanAllah, kalau dah kata Dia yang mencipatakan kita, kalau kita sedar bahawa sesungguhnya kita ini makhluk cinpatanNYA. Lalu kenapa masih lagi mahu mengingkari laranganNYA. Seolah kita menabik dada mengatakan bahawa, "ikut suka akulah, aku selesa macam ini". Sebenarnya, tingkah laku kita itulah bahasa kita kepada Tuhan. Tidak takutkah anda dengan azab yang dijanjikan olehnya. Dan syurga Allah itu benar, neraka Allah tiu benar!

MACAM-MACAM
Ada yang dulunya bertutup litup, bertudung labuh, pakai stokin, tapi lepas tuh pakai tudung biasa, tak pakai stokin. Ada yang dari tak bertudung kepada bertudung, tapi pakai tudung tu macam biskut chipsmore, kejap ada, kejap tak de. Agak-agak kalau nak berfesyen atau "new look" dia pakai tudung. Ada yang time pergi kelas je dia pakai tudung, bila balik kelas pergi kedai ke, pergi pasar malam ke. Ghaib pula tudungnya. Tapi, tak kurang juga yang berubah memakai tudung dan istiqomah denganya. Macam-macam ragam manusia yang memeningkan dan mengelirukan kepala. Kadang baru harini rasa bersyukur sangat nampak dia berubah pakai tudung, tak lama selepas itu terbang pula tudungnya entah kemana. Pakai tudung saji pula..eh..eh..tak..tak..gebang je..huhu..

Tekanan aku di buatnya. Ada juga yang waktu bulan puasa memakai tudung, punya gembira hati menyambut perubahannya, moga tarbiyah ramadhan terkesan di hatinya. Tapi bila lepas ramadhan habis, hukum Allah pon habis. Pakailah undang-undang sendiri. Sedarkah anda, sebenarnya anda bermain dengan hukum Tuhan. Sedarkah KITA? Wajib tak solat? Aurat pon sama wajib macam solat. Boleh ke kata, saya tak bersedialah untuk solat? Jadi, sama juga tentang aurat. Nanti depan Allah nak cakap macam tuh? Ya Allah, aku tak bersedialah nak ikut arahan Kau Ya Allah. Nah, neraka untukmu. Nak ke begitu? Penulisan ini adalah lebih untuk muhasabah diri. Allah mensyariatkan kita untuk menutup aurat adalah untuk kebaikkan kita juga.

Seolah-olah anda membiarkan lelaki-lelaki di luar sana melihat anda secara PERCUMA, yang sepatotnya di bayar dengan mahar yang di iring dengan tanggungjawab yang berat untuk di pikul. Jadikanlah dirimu mawar berduri. Cantik, harum namun terjaga rapi.





5 SYARAT NAK BUAT MAKSIAT:
1) JIKA BUAT MAKSIAT DENGAN ALLAH, JANGAN MAKAN REZEKI DARINYA
2) KALAU MAHU BERMAKSIAT, JANGAN TINGGAL DIBUMINYA.
BUAT PLANET SENDIRI.
3) JIKA MASIH MAHU BERBUAT MAKSIAT, CARILAH TEMPAT TERSEMBUNYI YANG TIDAK TERLIHAT OLEHNYA.
4) MALAIKAT MAUT DATANG KATAKAN: TUNGGU SAT, AKU NAK BERTAUBAT..??
5) MALAIKAT ZABANIAH NAK BAWA KE NERAKA, JANGAN IKUT. CADANGAN, KEJUNGKAN KAKI. MACAM BOLEH?

kalau confirm 5 bende ni boleh lepas. Ha...silalah bermaksiat.



wallahualam..wassalam..